Hai Semua!!!!!
harini sis nak share dengan korang semua resepi kari kepala ikan turun temurun dari mak sis yang forever young. Actually resepi kari ni bukan untuk kepala ikan je..ekor ikan, badan ikan, leher ikan, dada ikan semua pon boleh.. yang penting ikan yee.. untuk kari ayam/ daging sis share next time ye.. okay lah sis tak nak melalut panjang panjang, lets go to the resepi.
Resepi Kari kepala ikan / gulai ikan
Bahan-bahan:
3-4sudu/75ml besar minyak masak - agak2 untuk tumis
1 sudu kecil helba campur
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
75g rempah kari ikan (sis guna rempah kari babas paket kecil- 3bungkus)
15g serbuk cili - kalau xsuka pedas boleh kurangkan @ tak perlu letak (sis guna serbuk cili cap motokar paket kecil)
200ml air
2 sudu besar asam jawa
250ml santan
1/2kg kepala ikan
Cara-cara
1. Panaskan periuk, masukkan minyak sehingga panas.
2. Masukkan helba campur, daun kari, bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga sehingga bawang menjadi kekuningan JANGAN SAMPAI HANGIT!!! PULAK!!
3. Masukkan rempah, serbuk cili dan air. Kacau dan gaulkan. jaga api jangan sampai berkerak dan HANGIT!!- kalau rempah terlalu kering dan berkerak boleh tambah sedikit air supaya tak berkerak.
4. Masak lebih kurang 30minit- 40minit dengan api yang sederhana sehingga pecah minyak( pecah minyak disini bermaksud rempah kelihatan berminyak)
5. Masukkan asam jawa dan santan.
6. Boleh kuatkan api. Masukkan kepala ikan. Masak lebih kurang 15minit sehingga isi kepala ikan sedikit lembut.
7. Masukkan pula air secukup rasa mengikut kepekatan kari diingini.
8. tunggu sehingga medidih,
9. tutup api dan SIAP!!!!!
Nota tambahan:
*masak dengan api yang sederhana dari step 1-5. api yang kuat di step 6-9
*kalau masak ikan boleh ignore step 6 masukkan ikan selepas step 8 dan tunggu sehingga mendidih lagi sekali dan siap..
okay itu sahaja dari sis. selamat mecuba dan selamatt berperang didapur. :)
No comments:
Post a Comment